Wednesday, October 21, 2009

Astaghfirullah...

One thing yang memang aku hangin kalau berurusan dengan orang kat kaunter ni is diorang ni kekadang macam tak ikhlas bekerja..apehal?

Aku tak tau la kalau kau PMS ke ari tu or kau baru pas gaduh dengan boyfren kau ke kan, and its non of my bisnes..bile aku kene pegi tanye kat kaunter, aku mesti dengan sangat automatik akan malas gile. YES!!! malas gile ok.

Hari ni aku da elok-elok tanye ngan penuh sopan santun, bile Bendahari pos cek ke Hotel Le Meridien tu, die dengan selambanya jawab "13 atau 14 kot..." aku pantang dengar orang jawab kot pada fakta yang sepatutnye kene tepat dan sahih. mane boleh main kot-kot plak. Exact date kau pos barang boleh main kot-kot ke? of course la kau ade buat filing or documentation pasal benda macam ni kan? DUIT BEB, DUIT!!! bukan pos kad kahwin yang kalu tak sampai, kau kate tak pe lah.

Lagi satu, be polite la..kau keje kat situ kau dibayar dengan again, DUIT!!! bukan dengan bulu kaki ke daun kering ke. kalau kau rase kau tak boleh keje under pressure, aku nasihatkan kau jangan keje. menganggur je senang. kau pon tak sakit hati kan.

Bila kite bekerja, jaga la attitude kite dengan sume orang. Kau KENE sebab kau BEKERJA dan KAU DIBAYAR, and kau ade RESPONSIBILITY jaga nama baik DEPARTMENT kau. betul tak ape aku cakap ni?

aku memang pantang betul kalu orang cakap "HAH!". Bile kau entertain orang yang tanye tu, kalau kau tak dengar, and kau suruh orang tu ulang semula, cakap la " Excuse me ke i beg your pardon ke, maaf, sila ulang semula ke".. kau tak penah belaja ke benda ni? susah ke kau nak sebut macam tu? .. kau ni tak sekolah ke dulu?

Aku yakin, kalu kite bekerja dengan hati yang ikhlas, kite mesti kerja dengan baik. pikul tanggungjawab hatta kerja ape sekali pon, anggap peranan kite sume penting. tak kire la kau pencuci tandas ke, doktor ke, professor ke, kite sume bile da berdiang tengah padang mahsyar besok, sume same, telanjang bulat.

aku pernah dengar satu cerita pasal seorang cleaner yang bekerja kat NASA. die kate tanggungjawab die sangat besar pada NASA. Kenape? sedangkan die hanyelah seorang cleaner. Die kate, tandas yang bersih, selesa dan harum adalah amat penting, sebab ia akan digunakan oleh pegawai-pegawai peneraju di NASA. Die kate " Saya tahu, ramai saintis dapat ilham sewaktu mereka di dalam tandas. jadi, saya bertanggungjawab pastikan tandas yang kondusif untuk idea yang bagus"..Besarkan peranan tu? tak kire lah ape pon kerja kite, hargai, ikhlas, and bersungguh la buat. walau setinggi mana pun taraf kite, jangan sombong, sebab kau tak tahu satu hari nati, kau mungkin akan mintak tolong dengan orang tu. kau faham tak?

BEKERJALAH DENGAN PROFESSIONAL!!

0 comments: