Monday, October 26, 2009

Nama aku ade kurlasssss...Kau?

Dulu, ok, aku admit satu benda yang maybe kau akan rase tak patut, aku tak suka name aku..haha..kau tahu name penuh aku? Kalsom Mat Saleh.

Time sekolah rendah dulu, aku prefer tak perkenalkan diri. Sampai aku pernah sanggup tak pergi sekolah mase darjah 1 mengenangkan betape malunye aku nak perkenalkan diri.

Aku rase mase tu, name aku sangat tak "sejuk" ok. You know, cool. Nama tu kan macam klassik gile, aku rase nama nenek kau pon lagik canggih betul tak? I mean kenapa mak aku tak bagi name yang glamer sket, macam Nadira ke, Rina ke..Fasha ke..erkkk..

And lagi tak best bila, masa aku pre-school, Cik Pidah, a.k.a Cikgu Paridah, suke gelakkan name aku. Walhal kau tau tak, umah Cik Pidah ni selang serumah je dari rumah aku, berani betul die gelakkan name aku. Dia tak tahu ke mase tu, bapak aku orang paling garang dalam kampung tu? Memang cari nahas.

But as the time fly away, chewah, aku bangga name aku Kalsom, and i dont mind people make fun of my name. Sebabnya, name aku lah paling senang diingat walau mane pun aku pergi. Laki aku pun senang nak lafaz name aku bila nak akad nikah, compare dengan certain people, name die aje da boleh penuhkan setengah perenggan karangan. Semput bakal laki die nak tarik akad.. phew..

Ape pon name aku ade la jugak maksud kan. Kau tahu, aku ade kawan name die Amelia Baizatul Raiha. Gila panjang name die. And bila aku tanya die," Ape maksud name kau bhai?", die jawab, takda maksud. Memang takda. Aku tak tipu. Dia yang cakap.

One thing lagi yang aku rase name aku kool 20 or 30 tahun lagi ialah, cucu aku boleh panggil Nek Som. Baru lah betul nenek kan. Cuba kau bayangkan Fasha Sandha, cucu dia nak panggil Nek Fasha. Macam tak best je. Kekok. Kalau yang kecik lagi maybe akan panggil siap dengan pelat die, silap-silap jadi Nek Paca..lagi teruk kalu jadik Nek Pacat. Lagik Sedih kalu jadi Nek Pacat Sendat..Kesian kau.

Bak kate William Shakesperre (tang shakespearre tu aku tak pasti ejaan die, kalu milkshake aku konfem eja betul) Whats in the name? The roses will naver fade its fragrance even you change the name..


Aku google name aku tadi (agak tak berfaedah) , ade orkid ni, scientific name dia ade name aku:

Renanthera Kalsom King

Amacam?

( Ada orang kampung aku nama Kuntum, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad..Beberapa nama bulan Islam pon ade..nama ikut Bulan Inggeris takda lagi setakat ni.)

Kenapa ego KAU melangit sangat?

Aku adalah orang yang sangat easy-going. Aku tak suka complicate such things, if it better left unsaid and let the time heal the wound, aku prefer macam tu. Tapi aku bukan lah orang yang memang suke simpan lama-lama. Aku tak suka. Maafkan adalah lebih baik, sebab, aku sure sangat, kalau kau susah nak beri kemaafan, jangan harap la orang nak maafkan kesalahan kau.

Aku just tak berapa faham dengan konsep SETENGAH orang yang suka simpan kemarahan lama-lama. Walau pun si pesalah dah beria mintak maaf, maafkan lah and proceed your life and relationship macam biasa. Sedangkan Nabi, Allah pun maafkan hambanya.. Jadi aku nak tanya, siapa KAU nak ego sangat tahan lagak sampai mati?

Konsep aku mudah, jangan sombong, sebab dulu waktu kau susah, orang tu lah yang beria tolong kau, sebab kan kesalahan kecil, kau tak maafkan dia, kau terus putuskan hubungan silaturrahim sampai mati. Kau tak tahu, esok lusa, kau dalam kesusahan, and turn out to be that orang tu lah satu-satunya yang boleh hulurkan tangan tolong kau waktu tu. Aku tak tahulah pulak kalau kau lebih rela mati dari sombong juga tak nak mintak tolong kat dia kan. Mesti kau da banyak amal masa tu.

Bila dah banyak kali kena dengan this one person, aku rase tak da guna lah pulak aku nak masih tergedeh-gedeh nak wat friend kan.. Jadi aku rase, biarlah dia dengan EGO-EGOnya..

Aku nampak dia dah macam kera sumbang dah now ni..

Sunday, October 25, 2009

Because i never change

I was born in a village,
small and secretive like a womb,
i never left it,
and i never shy.

I have been brought away,
to a place feel like a home,
but i feel rejected,
hatred, animosity,
but, i can be me..

I feel always wanted to touch the sky,
where it hangs zillion of stars,
but star will remain a star,
it will never change,
it still a pebbles in the field of the sky.

I am still following the children,
who walks inside me.

A bit of tranquility i need,
let me flow with the blow,
just put aside yourself,
because,
tonight, i want to row the ship lonely.

I have love and dreams,
which i put myself between them,
and discover the world,
which i wish i would beg for a space,
but just let it be here,
in my own village.

Yesterday,
I was running while screaming,
I chase the cat who eats my mom's salted fish,
I was walking on my two arms,
I bleed my palm,
I laugh a lot,
I was irritating with the mocking birds,
I was excited with the 7.00 p.m Doraemon,
I was slept early at 9.00 p.m,
because its school tomorrow.

Today,
I wake up alone,
I brush my teeth,
because no one ask me,
I laugh alone with the Breakfast Show,
because I'm raising my mood,
I eat with my friends,
because I have to.

I prefer being alone,
I like the greens,
I hate the hot days,
I surf the nets for new books,
which i dont have money to buy,
I fail to finished my work,
I left my office at 5,
I do same things tomorrow.

I craving for the past,
I talk to myself when I'm standing in front of the mirror,
I narrate my own childhood story,
I lock the door when I'm mad,
I scrub the rubber away from dad's hand when i want an ice-cream,
I call the police to make fun of them,
I run as fast as i can to grab the phone when its ringing.

My childhood is a village,
I will never cross its boundaries,
no matter how far i go.

Because i never change..


Because i never change..

Wednesday, October 21, 2009

Kan aku da cakap..

and kau tahu apa ending tragedi aku Call Pejabat Bendahari ari ni?

Exact date die pos adalah pada 20OKTOBER 2009....BUKAN 13 OR 14 OKTOBER 2009..

mujur aku tak cari pegawai kau..

Astaghfirullah...

One thing yang memang aku hangin kalau berurusan dengan orang kat kaunter ni is diorang ni kekadang macam tak ikhlas bekerja..apehal?

Aku tak tau la kalau kau PMS ke ari tu or kau baru pas gaduh dengan boyfren kau ke kan, and its non of my bisnes..bile aku kene pegi tanye kat kaunter, aku mesti dengan sangat automatik akan malas gile. YES!!! malas gile ok.

Hari ni aku da elok-elok tanye ngan penuh sopan santun, bile Bendahari pos cek ke Hotel Le Meridien tu, die dengan selambanya jawab "13 atau 14 kot..." aku pantang dengar orang jawab kot pada fakta yang sepatutnye kene tepat dan sahih. mane boleh main kot-kot plak. Exact date kau pos barang boleh main kot-kot ke? of course la kau ade buat filing or documentation pasal benda macam ni kan? DUIT BEB, DUIT!!! bukan pos kad kahwin yang kalu tak sampai, kau kate tak pe lah.

Lagi satu, be polite la..kau keje kat situ kau dibayar dengan again, DUIT!!! bukan dengan bulu kaki ke daun kering ke. kalau kau rase kau tak boleh keje under pressure, aku nasihatkan kau jangan keje. menganggur je senang. kau pon tak sakit hati kan.

Bila kite bekerja, jaga la attitude kite dengan sume orang. Kau KENE sebab kau BEKERJA dan KAU DIBAYAR, and kau ade RESPONSIBILITY jaga nama baik DEPARTMENT kau. betul tak ape aku cakap ni?

aku memang pantang betul kalu orang cakap "HAH!". Bile kau entertain orang yang tanye tu, kalau kau tak dengar, and kau suruh orang tu ulang semula, cakap la " Excuse me ke i beg your pardon ke, maaf, sila ulang semula ke".. kau tak penah belaja ke benda ni? susah ke kau nak sebut macam tu? .. kau ni tak sekolah ke dulu?

Aku yakin, kalu kite bekerja dengan hati yang ikhlas, kite mesti kerja dengan baik. pikul tanggungjawab hatta kerja ape sekali pon, anggap peranan kite sume penting. tak kire la kau pencuci tandas ke, doktor ke, professor ke, kite sume bile da berdiang tengah padang mahsyar besok, sume same, telanjang bulat.

aku pernah dengar satu cerita pasal seorang cleaner yang bekerja kat NASA. die kate tanggungjawab die sangat besar pada NASA. Kenape? sedangkan die hanyelah seorang cleaner. Die kate, tandas yang bersih, selesa dan harum adalah amat penting, sebab ia akan digunakan oleh pegawai-pegawai peneraju di NASA. Die kate " Saya tahu, ramai saintis dapat ilham sewaktu mereka di dalam tandas. jadi, saya bertanggungjawab pastikan tandas yang kondusif untuk idea yang bagus"..Besarkan peranan tu? tak kire lah ape pon kerja kite, hargai, ikhlas, and bersungguh la buat. walau setinggi mana pun taraf kite, jangan sombong, sebab kau tak tahu satu hari nati, kau mungkin akan mintak tolong dengan orang tu. kau faham tak?

BEKERJALAH DENGAN PROFESSIONAL!!

Tuesday, October 13, 2009

Ranap sudah RM76.50 aku..

Lame dah aku tak blogging..che che che...macam femes je bunyi die..petang-petang buta ni, pas aku rase life aku takde kualiti, aku rase macam nak mengarut plak..

Aku berniat nak p bayar bil celcom tengah hari tadi..aku pun pegi la satu kedai celcom kat depan Masjid Kusza tu..skali buka balik kol 2 petang. Malas nak tunggu, aku pun pegi je la bandar..

lalu depan Pustaka Seri Intan, macam ade benda ghaib tarik aku masuk..lalu aku pon bagai di pukau, terbeli lah dua biji buku..The Fostress of Solitude ngan the Last Patroit..

Eh eh, aku nampak buku baru from Dan Brown, "The Lost Symbol"...tapi hard cover..aku tak mau..mahal...RM99.00 a.k.a RM100 la senang cerita..menyampah aku..kene tunggu another 6 months baru dapat yang biase..mangkok tingkat tol..tak pe lah..

boring arini..memang boring..aku takde mood..

Tuesday, July 14, 2009

sadis nye..

aku da tido opis nak masuk 2minggu..bukan sebab aku ni kene tendang kuar dari umah sewa..takkk..aku tak sesengkek tu sampai kene merempat kat opis la kan..hukhuk..

15 ngan 16 July ni konvo ke 7 UMT..pameran research at UMT under HEPI, so kitorang la kene incharge manage menatang tuh..ala2 macam event manager plak la kan..aku tak terlibat, since aku ni dalam unit polisi penyelidikan..tapi aku jadi urusetia yang tolong jaga kaunter pameran..aku promote orang masuk booth da macam nyonya jual minyak senyonyong..wtf?

letih wei, panas lagik..mujur booth kitorang the only one yang dalam kawasan tertutup, siap ade ekon..fuh, lega sket la kan., tapi yang aku tak berapa nak puas ati tu kerusi die tak de tempat penyandar..hampeh, sakit tulang belakang aku..makin teruk la scoliosis aku nih..dah la mmg da bongkok gile..camne la member aku tak panggil aku ni c bongkok tanjug puteri..cheh..

tido kat opis plak atas lantai..mujur aku pinjam ala2 selimut from busra, wat alas badan, kasi itu panas sket badan..fuh, set ekon plak 25, gile masyuk tido sampai penah la terbangun kol 7 pagi..kurang ajar..selesa sgt sampai terlajak subuh la aku ni. mujur tak bertembung ngan bos aku kan..da la bos aku tu suke datang opis awal2..apo di buek eh, den pon tak tau lah..7.15 aku tgk die da tercongok dalam bilik die..tu yang tak bole bangun lewat tuh, nati bertembung ngan pakcik tu aku tengah berbalut towel lagik, tak ke kes berat tuh..ade yang kawen lagik skali ni kang..

kamis ni aku balik..mak aku ade operation mate, 14 nih, tapi katenye petang tu jugak da bole balik umah,..petang tadi aku bergegas ke bandar, nak cari tiket nak balik, tengok mak aku..sempot gak dade aku, banyak tiket da abes..hampes, bile da start sem baru ni, mule la susah sket nak cari tiket balik kampung..student je la yang bolot dulu..ni yang aku lemah ni..mujur ade gak satu aku jumpe..cuak gua beb, kalu tak dapat balik, bila lagi la plak aku nak balik..tunggu balik raye je la.

keadaan hidup aku skang nih tak berapa nak bagus..serabut,,banyak gak keje..bertimbun-timbun, sampai nak kemas meja pon aku da tak larat..bukan tu je, ade plak makhluk lain yang masuk bilik aku nak melawat, komen2 plak bilik aku tak mcm bilik orang pompoan..berapi aku dengar, kang aku sental sampai berkilat kang ko kate aku tak de keje la plak kan..sumbat ngan kulit durian kang baru ko tau..

kesimpulannye, aku tak berapa nak happy la sket bulan ni..ade gak konflik lain yang melanda, tapi buang karan je kalu pay attention sangat...coz orang yang wat kepala aku serabut tuh tak bertindak sebgai majikan aku pon..so aku ignore je..the best way la kan? ye tak? kalu layan kang, ngan aku2 sekali bengong.

k lah, aku ni nak lepas lelah je..haha..bye

Saturday, July 4, 2009

Fuh, sabar wei sabar..

mujur la SABAR TU SEPARUH DARI IMAN..

aku ni kene admit satu benda la before aku mencarut memaki kat sini kan..aku ni mmg kasar bahasa orangnye.sedar diri aku tak la lawa sangat, tapi aku bersyukur sebab aku ni sempurna kejadiannya, cukup makan pakai, yang penting sekali aku tak menyusahkan orang.

mulut ngan tangan je suke taip kasar, aku ni hati lembut gak..macam perempuan lain la jugak kan.aku tak hipokrit, sebab aku mmg aku.tak pandai nak berlagak seratus perarus lemah lembut sampai nampak macam tak cukup zat besi.

susah wei, SUSAH..ko jadi watak yang kasar among ur clique je tros kene cop jahat..kenapa jahat? SEBAB KO CAKAP DIRECT. aku tak suke simpan dalam ati, wat sakit jiwa.tapi risiko nye, bile ko simpan dalam ati then ko ade satu saluran lain nak lampiaskan, ko kene overrated plak.orang misunderstood sebab tak tahu jalan cite, ngan tak bagi salam ape sume tanye kabar aku, tros nak nak slam aku.hot la jugak gua beb..

sekasar2 aku, aku tau sape aku.aku tak cabul sangat nak main hambur orang.aku masih cakap gune akal, sebab akal aku, ade kat kepala, tak terselit celah bontot.bercampur ngan taik.

aku ade satu benda la kat sini nak tanye kan..kalu ko bole jawab la, kalu ko tulis or cakap ko nak p BERAK, ko jalan-jalan terjumpe TAIK, ko bercakap gune GUA-LU, ko rase kasar ke?..MAKSUD AKU, WORDS YANG AKU CAPITAL KAN TU, KASAR KE?

aku penyabar orangnye, aku kenal sape diri aku.orang lain tak tahu aku seratus peratus.kalu tak cukup lame kawan ngan aku, jangan pepandai judge aku macam2.aku susah nak naik, once aku naik, susah nak turun.

ape pun, sape pun orang tu, kenal dulu.baik buruk die, terima seadanya.aku bukan tak bole terima teguran, tapi, kalu tak cermin dulu diri tu, aku rase berbulu nak dengar.

bila kite ni dilahirkan sebagai seorang perempuan, tros kene cop cakap lemah lembut.berbahasa bagai.memang betul, aku setuju, tapi lengan ko tu kalu carik ngan pisau gillette, keluar darah memang merah, tapi jenis jadi lain2 beb.sume kite dijadikan berbeza2.ni termasuklah perangai dan sikap kite.yang buruk kene diubah, yang slah kene ditegur.sume aku paham.aku tak tuli, tapi kalu main sergah, memang aku pantang beb.PANTANG!!!!!

aku tak kisah kalu orang nak pulaukan aku sebab bahasa aku.go ahead la ngan prinsip kawan yang ko pegang.kene cari hok yang sebulu je.yang blaja luar negara je, yang gaji tinggi2 je.aku sedar sape diri aku. none of my business.aku tak mati kalu ko tak kawan aku. aku tak mati kalu ko meluat dengar or bace bahase aku.tak suke jgn bace..

ni lagi satu sebelum aku habis mengamuk, aku ni kalu bengang2 ngan sesape, aku tak hambur direct wei, aku juz tulis je dalam blog ke, FB ke..aku tak bangang lagik nak sembur depan muke ko, aku tau sume orang ade air muke.respect the others before u expect the others to respect u back then.

heal the world form this ppl.

Fuh, sabar wei sabar..

Monday, June 15, 2009

tolong.... aku nak satu.....



aku nak satu Scottish Fold yang macam ni plizzzz.......

mooo mooo mooo....


8 tahun lepas.....

huh hah huh hah...
56 57 58 59 60...

menitis-nitis peluh jantan kat dahi ko..
wat sit up..tapi yang terangkat pale ko je..
perut?
nope...tertinggal atas lantai..

aku?
kunyah ceklat cloud 9..sambil baring atas katil..tenung ko wat sit up..boring lah petang nih..aku ajak ko p tengok orang tangguk ikan kat tasik ko tanak...



"kak...."
"hah..."" huh hah huh hah...61 62 63 64
"berat akak berapa ek?"..
"67...apesal? ko ade masalah ke?"
"takkkkk..."

cup cap cup cap.....aku telan lagi ceklat cloud 9 tuh..sedapnye...
"kak..."
"ape lagiiiii...."
"berat anak lembu berape ek?"
huuuuuuhhhhhhh..ko brenti angk
at kepala..
"celake ko com...ko nak kene pelempang ke?"


laaaaa...ape salah aku? aku tanye je..emo la minah ni...
___________________________________________________________________

bulan lepas, May 2009..
"ai, sebijik je telor ko?"

"diet..."
"berape berat ko com?"
"58..."
"emmmmmmm...."
"pesal?"
"Berat anak Kerbau brape ek?"
"sepak ko kang kak....makkkkk,
tengok la akak ni...macam la kurus sangat...huh"


moral of the story:

1. jangan kate orang lain gemok...nati ko pon jadi gemok...kate dalam ati pon jangan..tuhan den
gar tau..
2. jangan tegur jerawat orang,
nati muke ko pon tumbuh jerawat gak...siyes wei...

Tuesday, June 2, 2009

kencang..


mane tak kencang, arini perut aku hanya berisi mee goreng pas meeting kol 9 sampai kol 11 pg tadi..mee plak keras macam cibai,sampai boleh wat tali kasut.tasteless jangan cerita la kan.tak kan tetibe aku nak p kedai pak saat mintak cabai 5 10 biji semate2 nak wat makan ngan mee tuh..memang tak wajar perbuatan tu.biadap namenye..

selesai aku suap tali mee yang terakhir, aku p ulang lagik..tapi jangan silap, aku p kat tray tu sebab aku nak p pilih udang, fishball ngan telur dadar tabur2. tak sempat pungut sampai abes, ade plak pegawai lain datang nak tambah gak.segan punye pasal, aku redha ngan hasil kutipan aku, aku pon dok balik kat tempat aku.

sampai ke lunch pon aku tak makan ape gak.tak tahan punye pasal, aku p taruk 1 sudu neskepe o dalam mug gemuk aku, kasi glukosa sket, sian otak aku, da kurang ATP nak proses maklumat..mujur ade bekalan makanan bantuan.kak hana beli goreng pisang ngan kepok lekor.bole la..melantak gak aku..baru la ilang gigil sket..fuhhh...sengsare rupenye nak slim...uwaaaaaaa.....

Ouhh..Am in love...

http://www.youtube.com/watch?v=zKOkw0jn7-A

haha..juz bump to this song few days ago..realy love it and OoUuuUhhhHHHH..and day is nicer..

remind me of..............lalalalalalalaaaaa

Monday, June 1, 2009

home alone

tak la alone sebenarnye..ade je c busra, nisa ngan falah..yang tak bestnye, farah da p BTN, 5 hari..mai da balik kelantan..8hb baru balik.cuti sakan minah tu..siap pesan lagik kat aku suh bagi nafkah makan kat kura-kura die.mandikan.nasib baik tak suh pakaikan baju n dodoikan tidur.

c busra, since Dr. Z nak report, bertungkus lumus lah minah ni siapkan report kat lab sampai ke malam buta, falah pon same, since die bernaung bawah SV yang same..nisa plak...die lagik suke tgk muvi y die donlod kott...

haih..bosanlah..uwaa, aku nak balik gak...................

Thursday, May 28, 2009

bile nak ganti puase?

aku syak sok aku nak kua p jenjalan.mentang2 lah upah aku da masuk kan...

haih..aku boring tahap cipan ni.sok bebudak ni takde kat umah.mai tak balik dr langkawi lagik.symposium ke p muzium ke aku pon tak pasti.fara lak, cam biase lah, kene balik umah die kat paloh.mak die da roger dari kol 3.oo petang lagi barangkali.aku andaikan yang minah tu bakal temankan mak die nak tengok cengkerangrama kat TV3 ari sabtu nati.

aku igt nak buat2 rajin.nak cuci kete yang macam jamban da rupe die tuh.belebu abes dah.debu yang melekat tuh da bole wat tayamum agaknye.bole la kot.since kat umah aku tu asal ari jumaat je takde air.asal ari jumaat je takde air.asal takde air je ari jumaat..boring tol..tapi guane aku nak cuci kalu takde air nati?

skang aku tgh layan Bitter Heart ngan Kantoi.Both by Zee Avi.aku tak penah tau minah tu wujud kat malaysia. tu pon gare2 c kama send lagu tu kat aku.sore die memang retro gile.mmg comel.if compared to yuna, she is 1000x better.haha..to yuna's kipas susah mati, sorry, aku lemas gell dengar lagu Dan Sebenarnye tuh..

ko rase la kan kalu aku p kuantan sok, kejam tak perbuatan aku tu?


Wednesday, May 27, 2009

1234...i love you

theres only one thing

two do

three words

four you....

i love you..=)..

Posted by Picasa

Sunday, May 24, 2009

girlfriend aku punye birthday..DIE kate DIE BLANJE MAKAN..

beberape ari yang lepas tengah2 aku keje, tetibe fara buzz aku.die dok buzz aku pon hambur la minah nih.sian die.ghope-ghopenye die kate die NAK BLANJE MAKAN MALAM NI KAT PIZZA. piza ok.

dengan semangatnye aku pon kosongkan lah perot aku y memang da kebulur nih.mmg kebulur tahap cipan.dok apelah, kawan punye pasal kate nak blanje aku pon sanggup la tunggu.pompoan tu cakap nak p pas maghrib.so die suh aku pick die kat umah nadia a.k.a adek die.kikiki..

yang surpirisenye, tup2 naik kete, die pon bukak la pekong di kaki.dada tak leh, sensored.die kabo kat aku ngan mai, yang diner malam ni azmi yang blanje.hampeh.aku punye la pk macam peserta who wants to be a millionaire persis mcm cite slummdog millionire tuh yang minah ni br dpt duit NSF die.orang kaya baru beb.kot la nak bersedekah sket kat kitorang, ghope2nye org lain yang blanje. naseb baek mase tuh kaki aku kene tekan minyak, kalu tgh jalan kaki da lame aku bg penyepak kat pipi punggung belah kanan die.afdhol sket.

tapi dok apelah.janji orang blanje.haha..
aku tak bg ape2 lagik kat minah tuh.igt pas gaji ni nak cari la mende sket bg kat ye.sory la wei, aku ni mmg tak hafal besday orang.kene kabo kat aku di hari tarikh korang dlahirkan.

happy birthday fara and nisa... (",)

(p/s:
1. ade gak orang y sudi nak celebrate tuk ye kan.aku?ade ke?weeeee..tak wish and tak hengat pon tak pe.janji korang syang aku..haha

2. F & ?..... only u can give the answer. cant wait for the surprise...)



Thursday, May 21, 2009

sapekah yang lebih berhak?

time2 aku balaja dulu, mmg tak secomel gurls yang lain.di mase orang sibuk bergaye ngan jeans yang branded, Levis, pakai handphone nokia sanggeh manggeh, baju dinner sampai 2 ke 3 ribu lebih, aku masih lagik agak kuno.

sebabnye memang aku tak mampu.mak pak aku bukan bekas gabenor, hatta pemilik syarikat besar juge.aku survive ngan duit ptptn yang mase tu, kawan aku amal, panggil ptptipu gare2 lame nak masuk duit tu tiap sem.bulan2 ade la 1oo ke 200 ke mak aku bank in duit.tu pon setelah aku kaborkan kat mak aku yang aku da kemarau.

rase tak tergamak nak joli ngan duit yang tak seberape tu.bile time cuti sem, balik ke umah, aku akan tolong mak kat kedai die.tengok kesungguhan die membanting tulang nak cari sesuap nasik yang halal tuk besarkan and sekolahkan aku, aku rase sgt tak adil aku belanjakan duit tu ngan sangat tak berhemah.

aku tak kate aku baik sgt.tapi, mase tu, aku deserve dapat ape yang aku dapt.cukup dengan 1 suzuki v100.walau byk prob, dielah yang setia bawak aku kesane ke mari.sampai lah satu hari yang sangat lah tak indah, tetibe sampai kat 1 traffic light, motor tu sakit teruk.enjin die pecah, lalu si suzuki terbatuk2 sampai keluar asap dengan banyaknye.fenomena mase tuh same la macam orang kinik kesihatan kampung aku wat fogging time graf kes denggi melambung2 naiknye.

tapi aku tetap rase sangat bertuah berbanding dengan setengah kawan2 aku yang berjalan kaki ke sane kemari bawah terik mentari (ececec....) demi mencari secebis ilmu.bila diingat balik, kawan aku yang tulah jugak dapat first class berbanding ngan orang lain yang berkereta bagai, tp tak dapat pun first class.aku tak memperlekehkan, tp tak kah kite terase, kemudahan yang mak pak kite bagi sgt selesa berbanding orang lain yang tak berape nak mampu, tapi kite tak dapt pon nak bagi ape yang diorang harapkan.bermakne kt sini, usaha ko tak cukup gigih tuk itu.syukur alhamdulillah, ape yang mak pak harapkan kat aku, aku stakat ni hampir dapat tunaikan.trimas mak apak..acom tak sampai tangga sekaran kalu mak ngan apak tak tatih and pegang tangan acom elok2.

tapi zaman dah berubah. rase nak terbatuk kuar darah berketul2 bile tengok anak orang sekarang berbelanje walaupon lobang idong diorang masih lagik penuh ngan kuping hingus yang kering.sepupu aku, tahun satu kat 1 ipta.mak belikan satria neo.tak mau keta kancil.adek kawan aku kat ipta lain plak, selipar tandas nak jename crocs, purse nak carlo rino, beg p kuliah nak guess.aku tau kemampuan keluarga masing2.tapi gare2 nak ikt kawan, walau pon terpakse peras duit mak pak, diorang sanggop mintak sampai 1500 sebulan.kalah orang bekerja gamaknye.

dan bile da bekerja ni, trend juga makin berubah.seronok bile dapat gaji.macam2 nak beli.tapi kawan2, jangan lupe kat family kite.itu, ternasuklah sedekah amal jariah.kalu boleh, mulakan ngan family kite and saudara terdekat dulu.kat mak pak?, diorang no.1.kenape?

sebab dulu ko nak mencekik, nak pakai baju, nak beli buku, nak beli motor, sume mak pak ko yang bagi.

jgn plak bile da dapat gaji tuh, blanje orang yang tak sepatutnye.ko tau sape kan..

berbelanja dengan berhemah.bukan tak bole pakai barang branded.tp sediakan target berdasarkan budget.jangan sampai tengah bulan, terase makan rumput pon lazat berkhasiat.ade bende yang tak perlu branded.mmg betul, barang branded tahan lame.jadi kalu da tau tahan lame, bulan ni ko bli, bulan depan ko bli lagik tu nape?.itu alasan yang sgt tipikal untuk memagari kerakusan berbelanja anda.

dari kite beli yang bukan2 tuh, sebenarnye ade orang yang lebih berhak untuk terima duit tu.bersedekahlah.kerane sedekah itu adalah langkah penyuburan harta.

sekian...

(p/s: bulan ni aku nak kene budget duit nak masuk umah sewa baru.berkira2 jugak.cukup ke nak bayar deposit, bulan 6 punye sewa, makan, minum, duit kete,mak,barang nak masuk umah baru..nasib baik aku dapat 1 kedai jual perabot second hand ni.harap2 jumpe la katil 20 hengget.ade tak?......)

perlu ke?



perbualan 1:

"handbag akak ni brand coach" kate kak kerani
dengan bangangnye aku, "coach?"
"ye la, acom tak tau ke?"
"tak pernah dengar pon..."sambil wat muke seposen.
"mahal ni, acom tak leh beli...."kate sang c kak kerani.
muke aku da berkerut.
"RM300.tu pon da pas diskaun..hadiah besday kak jue, abg belikan"
wattafak!!

(aku mmg orang yang tak taw sgt pasal brand.aku bantai je.lagi pon kalu ko pakai seluar dalam ko jename sloggi, ade ke orang nak selongkar baju ko nak tgk betul ke tak ko pakai sloggi?)

di hari lain

perbualan 2:

"bravia ngan scarlett tu mane lagi bagus gambar die ek?" tanye kak kerani kat En. Zul, senior engineer kat opis aku
"apesal?"kate en. zul sambil selak surat khabar.
"tak la, suami saye, die nak beli tv baru..nak tgk la, bravia ke scarlett lg bagus..."
"ala jue, aku pakai je tv cokia.boleh je tgk.."selambe en.zul sambil wat muke bangang..

setengah orang, berkate tuk memberitahu keberadaan die.tp kite kene kaji dulu kemampuan kite.tak bermaksud iri hati, tp riak tu bukan jalan yang bagus.cume menambah kebencian orang y mendengar je.

aku da slalu ade dalam situasi ni.aku yakin orang lain pon macam tuh. macam la mase aku menggangur dok terperap kat umah ri tuh.ade jiran mak aku datang semate2 nak bagi tau kat mak aku yang anak die dimane die sebaye ngan aku dapat masuk uniten sambung belaja.katenye da abes nati mesti gaji banyak.

alhamdulillah, aku tumpang gumbira ngan makcik tuh.tapi ayt seterusnye memang wat aku rase nak sepak makcik tu.kalu bukan gare2 mak pak aku da ajar adab, da lame aku biadap.

"c acom tu, blaja kat ganu tu, ade ke keje nati?"..am pointing the middle finger to her.tp die tak nampak laaaa...

perlu ke gitu?sian mak aku.terkebil-kebil die.mesti die terase.

mulut orang kan..takkan kite rase kite tak suke je kite nak tampar kan?pahit macam mane pun kene telan jugak.tp berpadalah.ade bende yang better left unsaid.kite dpt bende yang elok, bersyukur.terima kasih dengan Dia.sebab sume kejadian tu atas izin Dia.

aku bukan anak orang kaye.aku juge tak kerja bergaji besar.tp aku rase da memadai dengan ape yang ade.tuhan beri pade aku atas ape yang layak aku terima.aku masih berusaha, dgn harapan, ade rezeki yang lebih tuhan sudi beri pada aku.

ade mase tuhan letak kite kat satu keadaan y sangat selesa, satu dugaan yang susah sebenarnye.ade pangkat besar, ade duit banyak, ade rupe cantik, ade anak pandai..tp igt, tuhan bagi untuk lihat sejauh mane kite beriman dg die.kite tak dapat kalu bukan Dia yang nak bagi.

sebenarnya, tu bukan harta kite.ia hanya dipinjamkan.sementara.macam pinjam buku teks zaman kite kat sekolah dulu.tamat mase, kene pulangkan balik.same la macam kite.sampai satu mase, bile nak masuk liang lahad, kite tak bawak masuk kete, jam, beg,tv masuk dalam kubor kite.sume kene tinggalkan.

jadi berpadalah.ape yang kite tunjuk kat orang, bukan barang kite sebenarnye.tak malu ke kite bile kite pinjam baju orang, pastu berlagak lebey2 kat orang lain?
same la macam keadaan ni.kite pinjam kat Dia, jd jgn la kite terlebih2 menunjuk.sebab bile Dia marah dan ambil semula, kite da tak de ape2.

igt tak satu sajak ke hape dalam IKIM.fm bile tibe nak solat tu.lebih kurang camni:

"jadinye manusia dari air mani yang kalau jatuh ke bumi, ayam tak patuk, itik tak sudu"
kalu nak lagi detail, cube dengar siaran tu.

sume kite dr kejadian yang same.kalu toreh leher tu ngan pisau, darah y memancut walaupon tak same jenis, tp warnenye tetap merah.tak jumpe lagik yang warne klabu asap, biru cekundang kan?

kelebihan dan kekurangan kite ade baik dan buruknye.kalu lebih, bersyukur, gunakan sebaiknye.kalu kurang, terima seadanya, perbaiki and be positive.

(p/s: gambar sekadar renungan dan hiasan.)

Tuesday, May 19, 2009

an attempt to shade some pound.

berat aku skang 58kg..aku cek dalam BMI, ok.memang la ok, tapi ko tak tgk lg saiz suar aku.34.gile nak mampus.abg aku pon bole pinjam suar aku.

skang kalu aku tgk diri aku kat cermin nisa kat umah sewa aku, rupe aku ngan loceng mmang saling tak tumpah.mcm mane tak tumpah, kecik kat atas, melebor kat bawah.mak aku kate, da kejenye asek dudok je. cube bawok berjalan sket.dah, takkan aku nak menaip sambil berlari plak mak?

mcm2 da aku buat try nak bakar sket lemak kat badan aku yang selalu cenderung berkumpol kat pipi ngan pehe aku.tp mmg susah wei.aku pon tak paham, nape kat situ?nape tak dirembes kan lemak durjane tu kat rambut ke kuku ke.kan senang sket aku nak handle.

arituh dalam tengah bulan 1, aku ngan mai same2 berpakat beli jus diet mate 5.RM150 sekotak beb.sektak 20 peket, tp aku minum 5 peket je.selebihnye tersadai macam kete pas kene penyet kat kedai2 half cut tuh.rase jus agak sukar tekak aku nak terime.plak tuh, rules die ngalahkan peraturan makan kat kem latihan tentera diraja malaysia.tak tahan beb.

pastu attempt aku seterusnye is p main badminton 2 kali seminggu.tak berjaya gak.waktu permainan yang kurang seswai pada pandangan aku.main waktu malam isnin ngan rabu je since ari lain utk kegunaan student, byk la pulak songeh kan.maklum la court u kecik macam tempat aku nih ade dua je.terpaksa la share2.dah kalu malas tu kan, mmg banyak la alasan aku ni..

aku rase mmg susah sket.aku ade tebiat.aku slalu reward myself, pas wat keje, aku mesti makan byk2.aku mmg kuat mkn.makanan kegemaran aku?sume kecuali western food.ko tak rase ke western food tu macam tasteless, lebih tepat lagik macam muntah anak buah aku yang muak pas minum susu. aku paling suke makan telor.suke gile.aku kalu dok umah, mak aku mesti beli telor 1 tray yang ade 30 bijik tuh.aku boleh abeskan dalam seminggu.kadang2 dok saje terbongkang depan tv tuh aku p goreng telor mate kebau.wat snek.kalu korang snek tu kopok ke popcorn ke,aku telor.sedap.tp kalu kentut bau sulfur die kuat sket la.mintak mahap la.

harapan aku nak berjogging pas balik keje pon tak dapat direalisasikan.memndangkan cuace y teramat panas skang nih, bole cair la pale hotak aku ni dikejekan.entah lah.aku ni kesimpulannye takde disiplin.

y buat aku rase lagi terhina bile aku pakai bj y da lametak bersentuh, da jadi ketat.ade satu suar tu aku suke pakai.tp since die tercampak kat barisan paling bawah, aku malas nak capai.malas nak tarik, nanti meruntuhkan struktur barisan baju yang atas2 die.tp since nak matchingkan ngan 1 baju klabu gare2 nak p diner ari tuh, bile aku pakai terase sendat sampai rase nak pecah pungkok aku.kalu sebelum ni aku kene pakai belt pakai suar tuh, skang tak payah lagik.menyampah tol.skang kalu nak bli baju ke, sokmo la kene cari wane gelap.supaya lebihan lemak kat badan aku tuh dapat disamarkan penglihatannye.

haih, kalu la lemak tu macam chipsmore kan..

ape y lu komplen?

sat tadi aku p habaq kat sorang member aku.aku kate kat die aku br berbloggong..aku pon bagi la mase kat die nak membace dulu kan...

pahtu kannnnn.....

laporan dari Shubli kaki berkulat:

mmg bontot hell die gelakkan page aku.die kate "page macam pompoan pondan, ayat macam sial"..siot nak mampus.mmg nak kene sepak la tu kan..wuwuwuww..hakhakhak..kan aku da kate."aku tetap seorang perempuan.." :p
(ade ke pompoan pondan?, mungkin hasil sepakan aku nati akan membetulkan penggunaan bahasa)..




Monday, May 18, 2009

jumudnye aku...

setelah sekian lame org dok berblog, aku pon saje la try nak berblog gak kan. bak kate c farah, haousemate kesayangan aku tuh, aku ni "very the jumud one".
kelembapan aku nak berblog same la mcm era kelembapan teknologi remote sensing nak sampai kat mesia..mmg lame gile tahap dewa perang punye..aku teringat balik talk from diz one prof from pennsylvania nih dulu, bile lecturer aku tanye pasal 1 software proses raw image yang mmg selalu gune kat u aku, die jadik blur gile...finally die kate, software tu mmg da lame gile US tak pakai...alololo...sian En. Kasawani..

tapi ape pon, finally aku bukak gak 1. actually aku suke bace blog org..aku suke bace blog yang klaka, penyampaian yang slumber and tak terlalu memberatkan kepala aku..dah, aku tiap ari kene perah otak, bile rehat2 nak release tension la kan..bace la mende y bole kompol balik oksigen dalam pale otak aku...kalu yang bab ilmiah or membina kesedaran sivik tu aku bace time otak tak bersawang sgt..baru bole absorb sket. (alasan la kan...hikhikhik)

tak kesah lah nak bukak blog bile2 pon kan..macam la aku nak bukak blog kene bayor.suke hati nenek aku punye cucu la nak bukak bile2 pon..

sebenornye, aku ade la 1 blog nih.kat fwenster..tp punye la da berkurun aku tak buka frenster tuh..ramai member aku cakap, tak main dah frenster tuh, frenster tu zaman hingusan dolu2 jek.
lagipon, frenster kat kampus nih nak bukak punyelah susah..berkurun la die nak terpampang depan mate aku kan.bak kate aku, kalu bukak tahun 2007, 2010 tak tentu lagi dia da siap.so, akhirnye jalan penyelesaian terbaik yang aku nampak, tinggalkan je frenster tuh..lg pon mmg aku tak aktif kat situ..

aku pon sebenornye br je bukak fB. lagi 1 kejumudan aku terserlah. aku bukak pon sebab kawan aku tanye aku takde fB ke. aku pon bukak la. lg pon, later on i found out that nak bukak fB is faster than frenster ke myspace ke.

lg 1 kejumudan aku yang boleh dikuase 5 kan ialah, baru awal atahun ni aku taw ber YM...chat2 tu. ko gelak ke? ke ko tak caye?
daaaa, mmg betul, aku tak malu nak mengaku kejumudan aku.bak kate bos aku pon, tak tau cakap tak tau, tak siap, cakap tak siap.senang citer.
aku bukan ape, aku mmg menghalang diri aku dr berchat, memndangkan aktiviti itu mampu buat aku berpotensi tak siapkan keje penting aku. n, sekarang aku berYm bersempena senang nak transfer file time kije, especially kat bek, P.O opis aku n tanye 'ko nak makan tak fara?' bile masuk area kol 1 (iaitu waktu mentekedarah tegah hari) or kol 5 (nak melantak tuk diner plak).
jimat bil celcom aku kan..

kesimpulanye, korang taw da lah kan, yang aku ni agak cemey iT. zaman2 berteknologi tinggi ni, org cam aku mmg stil ade.tp tak kisah la kan, tak penting sgt pon, macam laa kalu aku tak berblog, tak ber fB or tak ber Ym boleh sebabkan aku ade high potentials dijangkiti parkinson jari disebabkan ketidak aktifan jari jemari aku tak menaip kat keyboard tuh..hekhek

ape pon, thru diz blog, aku nak la share2 mende yang aku rase patut share ngan korang.so, happy reading this first entry.ade mase aku update lagik..chow chin chowwwwwwww.....