Monday, October 26, 2009

Nama aku ade kurlasssss...Kau?

Dulu, ok, aku admit satu benda yang maybe kau akan rase tak patut, aku tak suka name aku..haha..kau tahu name penuh aku? Kalsom Mat Saleh.

Time sekolah rendah dulu, aku prefer tak perkenalkan diri. Sampai aku pernah sanggup tak pergi sekolah mase darjah 1 mengenangkan betape malunye aku nak perkenalkan diri.

Aku rase mase tu, name aku sangat tak "sejuk" ok. You know, cool. Nama tu kan macam klassik gile, aku rase nama nenek kau pon lagik canggih betul tak? I mean kenapa mak aku tak bagi name yang glamer sket, macam Nadira ke, Rina ke..Fasha ke..erkkk..

And lagi tak best bila, masa aku pre-school, Cik Pidah, a.k.a Cikgu Paridah, suke gelakkan name aku. Walhal kau tau tak, umah Cik Pidah ni selang serumah je dari rumah aku, berani betul die gelakkan name aku. Dia tak tahu ke mase tu, bapak aku orang paling garang dalam kampung tu? Memang cari nahas.

But as the time fly away, chewah, aku bangga name aku Kalsom, and i dont mind people make fun of my name. Sebabnya, name aku lah paling senang diingat walau mane pun aku pergi. Laki aku pun senang nak lafaz name aku bila nak akad nikah, compare dengan certain people, name die aje da boleh penuhkan setengah perenggan karangan. Semput bakal laki die nak tarik akad.. phew..

Ape pon name aku ade la jugak maksud kan. Kau tahu, aku ade kawan name die Amelia Baizatul Raiha. Gila panjang name die. And bila aku tanya die," Ape maksud name kau bhai?", die jawab, takda maksud. Memang takda. Aku tak tipu. Dia yang cakap.

One thing lagi yang aku rase name aku kool 20 or 30 tahun lagi ialah, cucu aku boleh panggil Nek Som. Baru lah betul nenek kan. Cuba kau bayangkan Fasha Sandha, cucu dia nak panggil Nek Fasha. Macam tak best je. Kekok. Kalau yang kecik lagi maybe akan panggil siap dengan pelat die, silap-silap jadi Nek Paca..lagi teruk kalu jadik Nek Pacat. Lagik Sedih kalu jadi Nek Pacat Sendat..Kesian kau.

Bak kate William Shakesperre (tang shakespearre tu aku tak pasti ejaan die, kalu milkshake aku konfem eja betul) Whats in the name? The roses will naver fade its fragrance even you change the name..


Aku google name aku tadi (agak tak berfaedah) , ade orkid ni, scientific name dia ade name aku:

Renanthera Kalsom King

Amacam?

( Ada orang kampung aku nama Kuntum, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad..Beberapa nama bulan Islam pon ade..nama ikut Bulan Inggeris takda lagi setakat ni.)

Kenapa ego KAU melangit sangat?

Aku adalah orang yang sangat easy-going. Aku tak suka complicate such things, if it better left unsaid and let the time heal the wound, aku prefer macam tu. Tapi aku bukan lah orang yang memang suke simpan lama-lama. Aku tak suka. Maafkan adalah lebih baik, sebab, aku sure sangat, kalau kau susah nak beri kemaafan, jangan harap la orang nak maafkan kesalahan kau.

Aku just tak berapa faham dengan konsep SETENGAH orang yang suka simpan kemarahan lama-lama. Walau pun si pesalah dah beria mintak maaf, maafkan lah and proceed your life and relationship macam biasa. Sedangkan Nabi, Allah pun maafkan hambanya.. Jadi aku nak tanya, siapa KAU nak ego sangat tahan lagak sampai mati?

Konsep aku mudah, jangan sombong, sebab dulu waktu kau susah, orang tu lah yang beria tolong kau, sebab kan kesalahan kecil, kau tak maafkan dia, kau terus putuskan hubungan silaturrahim sampai mati. Kau tak tahu, esok lusa, kau dalam kesusahan, and turn out to be that orang tu lah satu-satunya yang boleh hulurkan tangan tolong kau waktu tu. Aku tak tahulah pulak kalau kau lebih rela mati dari sombong juga tak nak mintak tolong kat dia kan. Mesti kau da banyak amal masa tu.

Bila dah banyak kali kena dengan this one person, aku rase tak da guna lah pulak aku nak masih tergedeh-gedeh nak wat friend kan.. Jadi aku rase, biarlah dia dengan EGO-EGOnya..

Aku nampak dia dah macam kera sumbang dah now ni..

Sunday, October 25, 2009

Because i never change

I was born in a village,
small and secretive like a womb,
i never left it,
and i never shy.

I have been brought away,
to a place feel like a home,
but i feel rejected,
hatred, animosity,
but, i can be me..

I feel always wanted to touch the sky,
where it hangs zillion of stars,
but star will remain a star,
it will never change,
it still a pebbles in the field of the sky.

I am still following the children,
who walks inside me.

A bit of tranquility i need,
let me flow with the blow,
just put aside yourself,
because,
tonight, i want to row the ship lonely.

I have love and dreams,
which i put myself between them,
and discover the world,
which i wish i would beg for a space,
but just let it be here,
in my own village.

Yesterday,
I was running while screaming,
I chase the cat who eats my mom's salted fish,
I was walking on my two arms,
I bleed my palm,
I laugh a lot,
I was irritating with the mocking birds,
I was excited with the 7.00 p.m Doraemon,
I was slept early at 9.00 p.m,
because its school tomorrow.

Today,
I wake up alone,
I brush my teeth,
because no one ask me,
I laugh alone with the Breakfast Show,
because I'm raising my mood,
I eat with my friends,
because I have to.

I prefer being alone,
I like the greens,
I hate the hot days,
I surf the nets for new books,
which i dont have money to buy,
I fail to finished my work,
I left my office at 5,
I do same things tomorrow.

I craving for the past,
I talk to myself when I'm standing in front of the mirror,
I narrate my own childhood story,
I lock the door when I'm mad,
I scrub the rubber away from dad's hand when i want an ice-cream,
I call the police to make fun of them,
I run as fast as i can to grab the phone when its ringing.

My childhood is a village,
I will never cross its boundaries,
no matter how far i go.

Because i never change..


Because i never change..

Wednesday, October 21, 2009

Kan aku da cakap..

and kau tahu apa ending tragedi aku Call Pejabat Bendahari ari ni?

Exact date die pos adalah pada 20OKTOBER 2009....BUKAN 13 OR 14 OKTOBER 2009..

mujur aku tak cari pegawai kau..

Astaghfirullah...

One thing yang memang aku hangin kalau berurusan dengan orang kat kaunter ni is diorang ni kekadang macam tak ikhlas bekerja..apehal?

Aku tak tau la kalau kau PMS ke ari tu or kau baru pas gaduh dengan boyfren kau ke kan, and its non of my bisnes..bile aku kene pegi tanye kat kaunter, aku mesti dengan sangat automatik akan malas gile. YES!!! malas gile ok.

Hari ni aku da elok-elok tanye ngan penuh sopan santun, bile Bendahari pos cek ke Hotel Le Meridien tu, die dengan selambanya jawab "13 atau 14 kot..." aku pantang dengar orang jawab kot pada fakta yang sepatutnye kene tepat dan sahih. mane boleh main kot-kot plak. Exact date kau pos barang boleh main kot-kot ke? of course la kau ade buat filing or documentation pasal benda macam ni kan? DUIT BEB, DUIT!!! bukan pos kad kahwin yang kalu tak sampai, kau kate tak pe lah.

Lagi satu, be polite la..kau keje kat situ kau dibayar dengan again, DUIT!!! bukan dengan bulu kaki ke daun kering ke. kalau kau rase kau tak boleh keje under pressure, aku nasihatkan kau jangan keje. menganggur je senang. kau pon tak sakit hati kan.

Bila kite bekerja, jaga la attitude kite dengan sume orang. Kau KENE sebab kau BEKERJA dan KAU DIBAYAR, and kau ade RESPONSIBILITY jaga nama baik DEPARTMENT kau. betul tak ape aku cakap ni?

aku memang pantang betul kalu orang cakap "HAH!". Bile kau entertain orang yang tanye tu, kalau kau tak dengar, and kau suruh orang tu ulang semula, cakap la " Excuse me ke i beg your pardon ke, maaf, sila ulang semula ke".. kau tak penah belaja ke benda ni? susah ke kau nak sebut macam tu? .. kau ni tak sekolah ke dulu?

Aku yakin, kalu kite bekerja dengan hati yang ikhlas, kite mesti kerja dengan baik. pikul tanggungjawab hatta kerja ape sekali pon, anggap peranan kite sume penting. tak kire la kau pencuci tandas ke, doktor ke, professor ke, kite sume bile da berdiang tengah padang mahsyar besok, sume same, telanjang bulat.

aku pernah dengar satu cerita pasal seorang cleaner yang bekerja kat NASA. die kate tanggungjawab die sangat besar pada NASA. Kenape? sedangkan die hanyelah seorang cleaner. Die kate, tandas yang bersih, selesa dan harum adalah amat penting, sebab ia akan digunakan oleh pegawai-pegawai peneraju di NASA. Die kate " Saya tahu, ramai saintis dapat ilham sewaktu mereka di dalam tandas. jadi, saya bertanggungjawab pastikan tandas yang kondusif untuk idea yang bagus"..Besarkan peranan tu? tak kire lah ape pon kerja kite, hargai, ikhlas, and bersungguh la buat. walau setinggi mana pun taraf kite, jangan sombong, sebab kau tak tahu satu hari nati, kau mungkin akan mintak tolong dengan orang tu. kau faham tak?

BEKERJALAH DENGAN PROFESSIONAL!!

Tuesday, October 13, 2009

Ranap sudah RM76.50 aku..

Lame dah aku tak blogging..che che che...macam femes je bunyi die..petang-petang buta ni, pas aku rase life aku takde kualiti, aku rase macam nak mengarut plak..

Aku berniat nak p bayar bil celcom tengah hari tadi..aku pun pegi la satu kedai celcom kat depan Masjid Kusza tu..skali buka balik kol 2 petang. Malas nak tunggu, aku pun pegi je la bandar..

lalu depan Pustaka Seri Intan, macam ade benda ghaib tarik aku masuk..lalu aku pon bagai di pukau, terbeli lah dua biji buku..The Fostress of Solitude ngan the Last Patroit..

Eh eh, aku nampak buku baru from Dan Brown, "The Lost Symbol"...tapi hard cover..aku tak mau..mahal...RM99.00 a.k.a RM100 la senang cerita..menyampah aku..kene tunggu another 6 months baru dapat yang biase..mangkok tingkat tol..tak pe lah..

boring arini..memang boring..aku takde mood..

Tuesday, July 14, 2009

sadis nye..

aku da tido opis nak masuk 2minggu..bukan sebab aku ni kene tendang kuar dari umah sewa..takkk..aku tak sesengkek tu sampai kene merempat kat opis la kan..hukhuk..

15 ngan 16 July ni konvo ke 7 UMT..pameran research at UMT under HEPI, so kitorang la kene incharge manage menatang tuh..ala2 macam event manager plak la kan..aku tak terlibat, since aku ni dalam unit polisi penyelidikan..tapi aku jadi urusetia yang tolong jaga kaunter pameran..aku promote orang masuk booth da macam nyonya jual minyak senyonyong..wtf?

letih wei, panas lagik..mujur booth kitorang the only one yang dalam kawasan tertutup, siap ade ekon..fuh, lega sket la kan., tapi yang aku tak berapa nak puas ati tu kerusi die tak de tempat penyandar..hampeh, sakit tulang belakang aku..makin teruk la scoliosis aku nih..dah la mmg da bongkok gile..camne la member aku tak panggil aku ni c bongkok tanjug puteri..cheh..

tido kat opis plak atas lantai..mujur aku pinjam ala2 selimut from busra, wat alas badan, kasi itu panas sket badan..fuh, set ekon plak 25, gile masyuk tido sampai penah la terbangun kol 7 pagi..kurang ajar..selesa sgt sampai terlajak subuh la aku ni. mujur tak bertembung ngan bos aku kan..da la bos aku tu suke datang opis awal2..apo di buek eh, den pon tak tau lah..7.15 aku tgk die da tercongok dalam bilik die..tu yang tak bole bangun lewat tuh, nati bertembung ngan pakcik tu aku tengah berbalut towel lagik, tak ke kes berat tuh..ade yang kawen lagik skali ni kang..

kamis ni aku balik..mak aku ade operation mate, 14 nih, tapi katenye petang tu jugak da bole balik umah,..petang tadi aku bergegas ke bandar, nak cari tiket nak balik, tengok mak aku..sempot gak dade aku, banyak tiket da abes..hampes, bile da start sem baru ni, mule la susah sket nak cari tiket balik kampung..student je la yang bolot dulu..ni yang aku lemah ni..mujur ade gak satu aku jumpe..cuak gua beb, kalu tak dapat balik, bila lagi la plak aku nak balik..tunggu balik raye je la.

keadaan hidup aku skang nih tak berapa nak bagus..serabut,,banyak gak keje..bertimbun-timbun, sampai nak kemas meja pon aku da tak larat..bukan tu je, ade plak makhluk lain yang masuk bilik aku nak melawat, komen2 plak bilik aku tak mcm bilik orang pompoan..berapi aku dengar, kang aku sental sampai berkilat kang ko kate aku tak de keje la plak kan..sumbat ngan kulit durian kang baru ko tau..

kesimpulannye, aku tak berapa nak happy la sket bulan ni..ade gak konflik lain yang melanda, tapi buang karan je kalu pay attention sangat...coz orang yang wat kepala aku serabut tuh tak bertindak sebgai majikan aku pon..so aku ignore je..the best way la kan? ye tak? kalu layan kang, ngan aku2 sekali bengong.

k lah, aku ni nak lepas lelah je..haha..bye